Saturday, October 31, 2026

ADIRATNA DI WILAYAH UTARA

Banyak hal membuat kita jatuh cinta, tapi cintaku yang satu ini telah menjadi misteri segalanya buat diriku apalagi kali pertama mengirim karya menyertai pertandingan Menulis Puisi Peringkat Wilayah Utara Tahun 2026. Membuka lembaran penuh sejarah dalam hidupku apabila karya kecil tentang cinta terhadap alam sekitar diangkat sebagai pemenang hadiah penghargaan. Jauh di sudut hati bakal menang hadiah ini apa lagi berhadapan dengan seratus lebih karya puisi terbaik hingga layak ke peringkat 25 puisi terbaik. Mulalah terdetik di benak fikiran adakah aku mampu melangkah ke peringkat 13 kedudukan terbaik?. Takdir Allah S.W.T berkata ya. Apa yang lebih penting ini bukanlah satu kejayaan sebaliknya permulaan dalam menghasilkan karya untuk memenuhi tuntutan seorang penulis meninggalkan satu suara yang lebih penting dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan cintakan alam sekitar. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara memilih puisi Adiratna di Wilayah Utara dijadikan sebagai puisi pilihan kepada pembaca sempena ulang tahun sambutan 70 tahun DBP. https://tunascipta.jendeladbp.my/2026/10/08/6713/
Share:
Location: Sik, Kedah, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Labels

Lagu



Blogger templates